Posts

Showing posts from June, 2019

Mengapa Dinamakan Malam Lailatul Qadar?

MALAM kesepuluh di bulan ramadhan merupakan momen yang paling ditunggu-tungu oleh umat islam, di mana pada malam sepuluh ini terdapat malam Lailatul qqdar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lantas, mengapa malam ini dinamakan malam Lailatul Qadar?
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lain-lain selama satu tahun, sebagaimana firman Allah: "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah," (Ad-Dukhaan: 4).
Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim: "Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?" Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. "
Beribadah di malam itu dengan ketaatan, shalat, tilawah, dzikir, do'a dsb sama dengan beribadah selama seribu bula…

10 Pengajaran Dari Jibril

Image
Datangnya malaikat yang paling mulia, menemui Nabi yang paling mulia disaksikan para sahabat yang mulia tentulah merupakan hal yang istimewa. Pastinya banyak sekali faidah yang ada di sana. Kali ini kita akan mengambil beberapa faedah tentang ilmu dari kisah tersebut.
Pertemuan yang Istimewa
Datangnya malaikat yang paling mulia, menemui Nabi yang paling mulia disaksikan para sahabat yang mulia tentulah merupakan hal yang istimewa. Pastinya banyak sekali faidah yang ada di sana. Kali ini kita akan mengambil beberapa faidah tentang ilmu dari kisah tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari sahabat 'Umar bin Khaththab radhiyallahu' anhu, beliau mengisahkan,
بينما نحن جلوس عند النبي صلى الله عليه وسلم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب, شديد سواد الشعر, لا يرى عليه أثر السفر, ولا يعرفه منا أحد, فجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه, ووضع كفيه على فخذيه
"Ketika kami tengah berada di majelis bersama Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami s…

Perang Arab Israel Bulan Ramadan Tahun 1973

Image
Sebahagian orang menyangka, negara-negara hanya bergerak dengan munculnya negara Yahudi Israel. Orang-orang Arab Islam takut. Mereka tak berupaya dan tak bersimpati atas Palestin. Benarkah demikian?
Perang yang terjadi pada tahun 1973 antara Arab (majoriti negara Arab terlibat secara langsung atau tidak langsung) lawan Israel ini adalah perang keempat yang mereka terlibat. Perang ini mempunyai banyak nama. Perang Ramadhan, kerana terjadi pada 10 Ramadhan 1339 H. bertepatan dengan 6 Oktober 1973. Oleh itu, perang ini juga dikenali dengan perang Oktober 1973. Perang ini juga disebut dengan perang Yom Kippur. Kerana serangan pakatan Arab dilakukan pada masa Yahudi merayakan hari yang paling agung dalam tradisi mereka, hari Yom Kippur.
Perang ini bermula dengan serangan Mesir dan Syria terhadap kedudukan Israel di sepanjang Dataran Tinggi Golan dan Terusan Suez. Mesir dan Syria ingin merebut kembali wilayah mereka yang diduduki Israel pada tahun 1967. Perang yang berlangsung selama 19 hari …